Tuesday, 22 May 2012

Kaedah Menjawab Soalan Carta Pai Bertingkat


1. Baca dengan teliti soalan
2. Pastikan media yang betul iaitu carta pai bertingkat mempunyai jumlah yang sama 
     bagi kedua-dua pemboleh ubah
3. Patikan pemboleh ubah yang disebut dahulu menjadi muka pai manakan 
    pembolehubah yang kedua menjadi badan pai
4. Data muka pai ditulis dalam bentuk %, pastikan tinggi badan pai 10 cm 

Boleh cuba soalan di bawah...



Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan sebuah media yang sesuai untuk menunjukkan komposisi profil penagih dadah mengikut jenis dadah dan sektor pekerjaan penagih dadah yang dilaporkan di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2005.

Malaysia berada di tangga kelima dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara yang mencatatkan jumlah penagih dadah terbanyak. Perkembangan dalam teknologi komunikasi dan teknik pemprosesan dadah mendorong peningkatan penagih baru dan penagih berulang.
            Kebanyakan penagih tegar dan berulang lebih gemar mengambil dadah kategori opiat seperti heroin dan morfin . Selain opiat, syabu dan ganja juga menjadi pilihan penagih pelbagai peringkat dan status sosial. Jumlah penagih dadah yang mengambil heroin, morfin, syabu dan ganja menunjukkan pola tidak konsisten dan menyumbang sebanyak 30837 orang pada tahun 2004 hingga tahun 2005.
            Berdasarkan statistik ADK, penagih dadah kategori opiat mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 21961 orang dan daripada jumlah tersebut 63.36% adalah penagih dadah jenis heroin. Seramai 8047 orang penagih dadah yang mengambil morfin kategori opiat. Manakala dadah kategori halusinogen dan sistatik seperti jenis ganja atau kannabis pula merekodkan jumlah penagih seramai 5043 orang. Dadah kategori psikotrapik yang mampu merangsang otak dan saraf utama seperti jenis syabu seramai 12.43% daripada 30837 orang. Ramai golongan remaja terutama pelajar dan yang bekerja di pusat-pusat hiburan mengambil syabu untuk menghilangkan stres dan sentiasa nampak ceria.
            Jumlah penagih dadah dalam kalangan golongan bekerja juga menyumbang kepada peningkatan kes dadah. Seramai 3291 orang pekerja sektor pembinaan terlibat dalam penagihan dadah, manakala dalam sektor pemasaran dan jualan pula mencatatkan seramai 3539 orang penagih daripada pelbagai jenis dadah. Sebanyak 14.72% penagih dadah dikenal pasti sebagai penagih dalam kalangan pekerja dalam sektor perkhidmatan terutama dalam kelompok umur antara 25 hingga 45 tahun.
Pekerja am juga ramai yang terlibat dalam penagihan terutama ganja dan kelompok ini mencatatkan jumlah seramai 8812 orang, jumlah pekerja am semakin bertambah pada tahun tempoh berikutnya. Bagi sektor pengangkutan komersial dan awam seperti pemandu treler dan kargo merekodkan seramai 2453 orang penagih pada tempoh yang dilaporkan. Pekerja dalam kumpulan teknikal dan lain-lain sektor pekerjaan mencatatkan 26.6% dan daripada jumlah tersebut 9.33% adalah penagih dadah dalam kumpulan teknikal dan selebihnya adalah penagaih dadah dalam kalangan lain-lain sektor pekerjaan.
           
            ( dipetik dan diubahsuaikan daripada AADK 2006 )




Malaysia   :  Komposisi Profil Penagih Dadah Mengikut Jenis Dadah dan 
                     Sektor Pekerjaa Penagih Dadah yang dilaporkan pada 
                     Tahun 2005 hingga Tahun 2005


                     Penagih
Jenis Dadah

Jumlah Penagih Dadah (orang)
Jumlah
%
Sudut
cm
Heroin
13914
45.12
162.44
4.51
Morfin
8047
26.10
93.94
2.61
Ganja
5043
16.35
58.88
1.64
Syabu
3833
12.43
44.74
1.24
Jumlah
30837
100
360
100

              Penagih

Sektor pekerjaan      

Jumlah Penagih Dadah (orang)
Jumlah
%
Sudut
cm
Sektor Pembinaan
3291
10.67
38.42
1.07
Sektor Pemasaran dan Jualan
3539
11.48
41.32
1.15
Sektor Perkhidmatan
4539
14.72
52.99
1.47
Pekerja Am
8812
28.58
102.87
2.86
Sektor Pengangkutan
2453
7.95
28.64
0.79
Kumpulan Teknikal
2877
9.33
33.59
0.93
Lain-Lain Sektor Pekerjaan
5326
17.27
62.18
1.73
Jumlah
30837
100
360
10

            Skala jejari      =          1 cm = 10%
( dipetik dan diubahsuaikan daripada, AADK  2006 )









Wednesday, 16 May 2012

Terkini :
Minggu Taaruf Tingkatan 6 Sesi 2012/2013 bermula pada 8 Mei -11 Mei 2012

Bermula 14 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012 akan dilaksanakan pengenalan Subjek dan Kemahiran Belajar

Tuesday, 15 May 2012

Biodata:

Nama                 : Abdullah bin Ali
Sekolah              : SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam