Kaedah Menjawab Soalan Carta Pai Bertingkat
1. Baca dengan teliti soalan
2. Pastikan media yang betul iaitu carta pai bertingkat mempunyai jumlah yang sama
bagi kedua-dua pemboleh ubah
bagi kedua-dua pemboleh ubah
3. Patikan pemboleh ubah yang disebut dahulu menjadi muka pai manakan
pembolehubah yang kedua menjadi badan pai
pembolehubah yang kedua menjadi badan pai
4. Data muka pai ditulis dalam bentuk %, pastikan tinggi badan pai 10 cm
Boleh cuba soalan di bawah...
Berdasarkan
maklumat yang diberikan, sediakan sebuah media yang sesuai untuk menunjukkan
komposisi profil penagih dadah mengikut jenis dadah dan sektor pekerjaan
penagih dadah yang dilaporkan di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2005.
Malaysia
berada di tangga kelima dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara yang
mencatatkan jumlah penagih dadah terbanyak. Perkembangan dalam teknologi
komunikasi dan teknik pemprosesan dadah mendorong peningkatan penagih baru dan
penagih berulang.
Kebanyakan penagih tegar dan
berulang lebih gemar mengambil dadah kategori opiat seperti heroin dan morfin .
Selain opiat, syabu dan ganja juga menjadi pilihan penagih pelbagai peringkat
dan status sosial. Jumlah penagih dadah yang mengambil heroin, morfin, syabu
dan ganja menunjukkan pola tidak konsisten dan menyumbang sebanyak 30837 orang
pada tahun 2004 hingga tahun 2005.
Berdasarkan statistik ADK, penagih
dadah kategori opiat mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 21961 orang dan
daripada jumlah tersebut 63.36% adalah penagih dadah jenis heroin. Seramai 8047
orang penagih dadah yang mengambil morfin kategori opiat. Manakala dadah
kategori halusinogen dan sistatik seperti jenis ganja atau kannabis pula
merekodkan jumlah penagih seramai 5043 orang. Dadah kategori psikotrapik yang
mampu merangsang otak dan saraf utama seperti jenis syabu seramai 12.43%
daripada 30837 orang. Ramai golongan remaja terutama pelajar dan yang bekerja
di pusat-pusat hiburan mengambil syabu untuk menghilangkan stres dan sentiasa
nampak ceria.
Jumlah penagih dadah dalam kalangan
golongan bekerja juga menyumbang kepada peningkatan kes dadah. Seramai 3291
orang pekerja sektor pembinaan terlibat dalam penagihan dadah, manakala dalam sektor
pemasaran dan jualan pula mencatatkan seramai 3539 orang penagih daripada
pelbagai jenis dadah. Sebanyak 14.72% penagih dadah dikenal pasti sebagai
penagih dalam kalangan pekerja dalam sektor perkhidmatan terutama dalam
kelompok umur antara 25 hingga 45 tahun.
Pekerja am juga ramai yang terlibat
dalam penagihan terutama ganja dan kelompok ini mencatatkan jumlah seramai 8812
orang, jumlah pekerja am semakin bertambah pada tahun tempoh berikutnya. Bagi
sektor pengangkutan komersial dan awam seperti pemandu treler dan kargo merekodkan
seramai 2453 orang penagih pada tempoh yang dilaporkan. Pekerja dalam kumpulan
teknikal dan lain-lain sektor pekerjaan mencatatkan 26.6% dan daripada jumlah
tersebut 9.33% adalah penagih dadah dalam kumpulan teknikal dan selebihnya
adalah penagaih dadah dalam kalangan lain-lain sektor pekerjaan.
( dipetik dan diubahsuaikan daripada AADK 2006 )
Malaysia :
Komposisi Profil Penagih Dadah Mengikut Jenis Dadah dan
Sektor Pekerjaa Penagih Dadah yang dilaporkan pada
Tahun 2005 hingga Tahun 2005
Penagih
Jenis
Dadah
|
Jumlah
Penagih Dadah (orang)
|
||||
Jumlah
|
%
|
Sudut
|
cm
|
||
Heroin
|
13914
|
45.12
|
162.44
|
4.51
|
|
Morfin
|
8047
|
26.10
|
93.94
|
2.61
|
|
Ganja
|
5043
|
16.35
|
58.88
|
1.64
|
|
Syabu
|
3833
|
12.43
|
44.74
|
1.24
|
|
Jumlah
|
30837
|
100
|
360
|
100
|
|
Penagih
Sektor
pekerjaan
|
Jumlah
Penagih Dadah (orang)
|
||||
Jumlah
|
%
|
Sudut
|
cm
|
||
Sektor Pembinaan
|
3291
|
10.67
|
38.42
|
1.07
|
|
Sektor Pemasaran dan
Jualan
|
3539
|
11.48
|
41.32
|
1.15
|
|
Sektor Perkhidmatan
|
4539
|
14.72
|
52.99
|
1.47
|
|
Pekerja Am
|
8812
|
28.58
|
102.87
|
2.86
|
|
Sektor Pengangkutan
|
2453
|
7.95
|
28.64
|
0.79
|
|
Kumpulan Teknikal
|
2877
|
9.33
|
33.59
|
0.93
|
|
Lain-Lain Sektor
Pekerjaan
|
5326
|
17.27
|
62.18
|
1.73
|
|
Jumlah
|
30837
|
100
|
360
|
10
|
|
Skala jejari = 1 cm = 10%
( dipetik dan diubahsuaikan daripada, AADK 2006 )